16 December 2008

Akibat Virus..

Sejak kebelakangan ini, saya punya profile dalam friendster selalu mengirim comment berupa video yang berunsur lucah kapada semua kawan-kawan yang ada dalam senarai. Mungkin juga kepada pengguna friendster yang lain(alamakkkk). Saya pun tidak tau macam mana friendster saya nie mengirim comment sebegitu. Memalukan sungguh!!

Seingat saya, perkara ini berlaku apabila saya menerima comment dari kawan yang ada dalam senarai. Komen itu berupa video dari youtube dan berunsur lucah. Kerana sifat ingin tahu, saya pun meng'klik' pada video tersebut tetapi setiap kali saya klik, dia akan meminta saya untuk log in semula dengan username dan password. Seingat saya, ada empat kali saya buat macam itu namun tiada juga video yang keluar melainkan paparan awal friendster yang meminta saya untuk sign in balik. 'Ceh..apa punya video' konon bentak hatiku.

Keesokan harinya, saya pun surf internet dan check friendster. Alangkah terkejutnya saya apabila salah seorang kawan beritahu yang comment yang saya hantar sama dia berunsur lucah (basar konon nenen dia). Ayatoookkk!! bila pula saya send benda-benda macam ini? Dengan tidak berlengah lagi, saya pun cek la Profile kawan saya tu dan ternyata benar yang saya ada mengsend comment yang berunsur lucah. Adussss.....memalukan sungguh.

Recall punya recall dimana silapnya, baru saya teringat akan benda yang sama yang saya klik pada comment dalam profile saya. Pada ramalan saya la perkara ini berlaku macam ini...Semasa saya mendapat komment yang lucah itu, saya pun klik dan automatik dia minta saya sign in balik. Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini sudah pun mengetahui username dan password akaun friendster saya. Ini kerana setiap kali saya klik benda itu, dia akan minta untuk sign in balik. Naaa...semasa kita tidak online, dorang(pihak yang bertanggungjawab) log in masuk dalam friendster kita dan menyebarkan comment2 yang lucah itu.

Tapi sebab kenapa mereka buat macam itu? Saya sendiri pun tidak tahu tapi yang pastinya, mereka ini cuba menyebarkan virus melalui friendster atau 'mereka' yang saya maksudkan ini adalah virus?? aduhhh...saya amat malu nie profile saya buat begitu...

Diharap la kepada sesiapa yang membaca blog ini dan mempunyai akaun dalam friendster dan menerima comment seperti yang saya nyatakan, harap2 jangan lah diklik. Delete la terus kerana itu adalah virus....(virus ka tu? saya main antam2 tuduh sembarangan ja nie..heheheh)

15 December 2008

Sakit...

Sejak kemarin saya sakit dan pagi tadi saya pergi klinik Dr. Chong untuk mendapatkan rawatan. Ohhh...bermacam-macam penyakit yang dihidapi oleh pesakit yang saya nampak. Namun yang merungsingkan saya ialah penyakit saya ni. Namun apa yang saya rasa sekarang ini ialah saya demam selesma tetapi saya rasa sakit dada saya kalau saya batuk. Macam sesak pula nafas ini. Semasa mendapatkan rawatan, doktor bertanya, "kamu ada ampus ka masa kecil-kecil dulu?". Mendengar soalah doktor tadi, automatik saya jawab "ya", pada hal saya tidak tau. Mana la saya pernah kena ampus....huhuhuhu..minta la dijauhkan. Bermacam-macam ubat yang doktor itu bagi. Saya terima saja..yang penting penyakit nie dapat diubati dengan seberapa segera...

23 November 2008

Whats happened to me...

Selepas bermain bola, ohhh penat o. Apalagi sekarang ni badan dah naik dan jarang suda main bola. lari kejap pun suda ampus..huhuhuhu. Actually, saya driving dari rumah. So ramai la kawan2 yang tumpang sekali. So kena antar la dorang balik. Yang saya ingat tu, last person yang saya hantar tu saya berhenti dengan menarik 'Hand Break'. Pastu saya pun balik la. Time perjalanan pulang tu, saya rasa kereta saya berat. Macam ada 50 penumpang kat dalamnya. Aduhhh...hantu kali ni. Apa lagi saya pun memecut laju. Jalan grabel yang berlubang-lubang besar pun saya antam saja sampai kereta pacuan empat roda yang saya pandu nie tidak menentu suda goyangan dia. Sesampai di rumah, saya pun matikan la enjin dan tarik 'hand bre.........' laaaa...patut pun berat semacam ja kereta nie tadi saya drive. Rupanya saya lupa lepas tu 'hand break' time jalan....waakakakkaka. terus bau tayar terbakar oo...Tapi bukan salah saya juga sebab saya belum ada lesen..hahahha(alasan ja sebab lupa)

22 November 2008

Mohd Nadin Medin Sedin

Mohd Nadin Bin Sedin (abang) dan Mohd Medin Bin Sedin (adik)
Its hard to say...these two little guy is the hardest thing that I ever had in school. Different from the other, they have the lowest levels of ability to catch new ideas or lessons.....adeh cakap orang putih pulak saya nie....Tapi saya puji semangat mereka berdua nie. Walaupun tempat tinggal mereka jauh dari sekolah (kira-kira sejam jalan kaki merentasi hutan), tetapi kehadiran mereka ke sekolah agak memuaskan. Biarpun tidak berapa fasih berbahasa melayu, mereka cuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran sekolah dan seterusn bergaul dengan masyarakat sekolah dan amnya kesediaan mereka untuk menerima pelajaran setiap hari. Hmm...kata orang, walaupun gula itu disimpan di tempat yang tinggi, tertutup, tersembunyi dan sebagainya namun semut tu tetap ada mengejar manisan gula itu...fikir-fikirkan lah!

07 June 2008

Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah Peringkat Pulau Balambangan, Banggi

Pada 05.05.2008 sehingga 06.05.2008, Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi telah menganjurkan perlawanan bola sepak 7-sebelah dan disertai oleh 4 pasukan iaitu:













Pasukan dari Kampung Kok Simpul yang
menamakan pasukan mereka sebagai Tanjung FC terdiri dari:
Berdiri : Tibing, Musa, Sichtick, Mohong

Duduk : Raja, Lodin, Ruban.

Pasukan ini mendapat tempat ke-4.















Pasukan dari
Kampung Batu Sirih yang menamakan pasukan mereka sebagai Buliga FC terdiri dari:
Berdiri : Azli, Rashid, Abd Nasir, Rumanuh
Duduk : Fazli, Dawana, Darwi.
Pasukan ini mendapat tempat ke-3.
















Pasukan dari Sekolah Kebangsaan Balambangan selaku penganjur yang menamakan pasukan mereka sebagai SK'B FC terdiri dari:
Berdiri : Canven, Fadzri, Madris, Mark
Duduk : Affendi, Mohammad, Ruslan.

Pasukan ini mendapat tempat ke-2.














Pasukan dari Kampung Selamat yang
menamakan pasukan mereka sebagai Sinar FC terdiri dari:
Berdiri : Halim, Rashdi, Fauzie, Malik,
Rajiman.

Duduk : Ayub, Rosli, Kiang, Omar.
Pasukan ini mendapat tempat Pertama.



Aktiviti seumpama ini selain dari menyihatkan badan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk terutama guru-guru dengan orang kampung. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham semasa permainan namum semua itu hanya berlaku di dalam padang sahaja. Di luar padang seperti biasa, semua pengalaman semasa di padang menjadi kenangan manis untuk dikongsikan bersama-sama.









Syukur kepada Tuhan

Cuti sekolah selepas peperiksaan semester pertama tahun ini bermula pada 24.05.2008 sehingga la pada 08.06.2008. Sebelum bermula cuti tersebut, saya sangat gembira disebabkan banyak aktiviti yang dijalankan. Kebetulan pada masa itu juga, liputan telefon celcom adalah sangat lemah menyebabkan saya tidak dapat menghubungi keluarga di kampung.

Secara kebetulan pada malam jumaat (khamis 22.05.2008), dengan tiba-tiba rangkaian telefon kembali normal. Pada malam itu, saya telah mendapat banyak message dari keluarga yang menyatakan ayah tidak sihat dan dihantar ke wad hospital. Saya sangat sedih dan menangis pada malam itu mengenangkan ayah.

Jumaat sebelum berangkat ke sekolah, perasaan saya tidak tenteram. Teringin sangat hendak balik ke rumah untuk menjenguk ayah ke hospital. Saya ditanya sepuluh patah soalah, jawapan saya hanyalah sepatah sahaja.

Diringkaskan cerita, sesampai di hospital saya sangat takut melihat keadaan ayah yang agak tenat. Mak yang menjaga pada masa itu juga kelihatan amat penat kerana terpaksa berjaga sepanjang malam untuk menjaga ayah sejak dimasukkan ke hospital pada khamis lepas. Saya telah membuat keputusan untuk menemani mak menjaga ayah di hospital. Selang beberapa hari berikutnya, keadaan ayah bertambah kritikal sehinggakan dipindahkan ke depan kaunter dan dipasangkan dengan alat (tak tau namanya tapi ada graf yang menunjukkan denyutan jantung) dan mendepani jururawat sepanjang masa. Menurut doktor, keadaan ayah sangat tenat dan hanya menunggu masa sahaja. Doktor juga menasihati saya supaya menghubungi keluarga terdekat agar sempat berjumpa dengan ayah sebelum apa-apa berlaku. Saya sangat sedih dan berdoa sehingga saya menangis sepanjang masa. Tak henti-henti doa saya curahkan kepada ayah termasuklah sms yang saya hantar kepada kawan-kawan supaya mendoakan kesihatan ayah. Menurut doktor, ayah kekurangan sejenis garam (natrium) dan itu yang menyebabkan dia tidak sedar selama 5 hari. Selama itu, ayah hanya makan melaui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya menerusi lubang hidung dan bantuan pernafasan oksigen. Segala ubat yang diberikan oleh doktor termasuk makanan, saya akan hancurkan dan beri kepada ayah (makan) melalui tiub tersebut tanpa ayah sedari. Begitu juga dengan tiub yang dipasang agar ayah mudah membuang air kecil (tanpa disedari oleh ayah).

Saya amat bersyukur kerana selepas 6/7 hari, ayah dah mula sedar dan bangun dari tidurnya. Ayah dah mula meminta makanan kerana dia terasa lapar tetapi badanya masih lemah sekali. setelah tiub dari hidung ayah dicabut, ayah dah mula makan makanan lembut dan minum susu serta ubat. Lama-kelamaan, keadaan ayah bertambah baik dan boleh bercakap dan berjenaka dengan kami sekeluarga. Saya sempat mendengar perbualan doktor dan jururawat ketika mereka sedang melakukan rawatan. Doktor itu berkata, dia sangat tidak menyangka dan tidak faham dengan keadaan ayah yang dulunya sangat tenat tetapi sekarang dah boleh makan, bercakap malah ke tandas. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kesempatan untuk bersama dengan ayah dan juga keluarga yang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jururawat yang telah menjaga ayah selama berada di hospital. Juga tidak dilupakan kepada doktor yang telah memberikan rawatan yang sebaik mungkin sehingga ayah sihat seperti sekarang ini.