01 August 2009

Angin kuat beserta hujan lebat sekali sekala



Pulau Balambangan, 1 Ogos 2009. Angin kuat beserta hujan lebat yang turun sekali sekala melanda daerah kudat dan keadaan ini lebih dirasai bagi penduduk yang tinggal di persisiran pantai dan pulau. Angin kuat ini telah pun bertiup dari 26 Julai sehingga la sekarang ini.

Berikutan dengan situasi cuaca yang tidak baik ini, makan banyak program dan aktiviti penduduk terutama penduduk Pulau Balambangan ini untuk mereka menjalankan aktiviti harian mereka seperti menangkap ikan di laut, menjemur ikan masin, bercucuk tanam, mencari hasil-hasil hutan dan sebagainya. Bagi guru-guru yang bertugas di pulau ini, berhadapan dengan cuaca sebegini merupakan satu cabaran terhebat yang belum tentu dapat diharungi. Ini kerana, kami akan berdepan dengan angin kuat, hujan dan sudah tentu ombak yang besar untuk sampai ke pulau ini. Bak kata pepatah, nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Kes ini bagi guru-guru yang berada di kudat dan akan memasuki sekolah (pulau), bagi guru-guru yang berada di sekolah(pulau) dan ingin keluar ke kudat atas urusan rasmi atau kes kecemasan?? terpaksa la mengharungi ombak besar dan angin kuat beserta hujan yang sakitnya apabila mengenai kulit umpama dihumban dengan batu kecil.....dalam situasi ini, kami hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke destinasi.

Pengalaman bertugas di SK Balambangan ini boleh dikatakan pahit tu lebih banyak berbanding dengan yang manisnya. Ramai guru-guru yang bertugas di kawasan tanah besar sangat memuji kerana saya bertugas di pulau dengan elaun yang cukup lumayan. Namun mereka tidak tahu hakikat sebenar kehidupan di pulau. Serba serbi kekurangan, kelemahan mengatasi kebaikan. Dengan elaun pedalaman yang diberikan tidak cukup membanggakan untuk berada di pulau ini. Ini kerana kos, masa dan tenaga banyak digunakan dan jika dibandingkan dengan intensif yang diberikan oleh kerajaan. Namun itu bukan la satu halangan kepada kami untuk berkhidmat di sekolah ini. Apa yang sangat penting ialah kesungguhan, matlamat, kerjasama, komitmen dan ketulusan serta kejujuran hati untuk berkhidmat dengan masyarakat. Dan di masa yang akan datang diharap pihak atasan haruslah berfikiran positif dengan tidak menyalahkan kakitangan yang bertugas di sekolah ini disebabkan oleh kelemahan dan kekurangan yang wujud di persekitaran sekolah. Sepatutnya mereka lebih memahami dan mengambil berat kebajikan sekolah pulau dan pedalaman kerana sekolah macam ini lah yang sangat memerlukan perhatian dan sokongan dari pihak atasan. Banyak kali kami mendengar cemuhan pihak-pihak tertentu dengan prestasi serta kelemahan sekolah pulau dan luar bandar dan ada juga yang tidak berpuas hati kerana kakitangan kerajaan yang bertugas di tempat berkenaan diberikan elaun yang lumayan sedangkan mereka leka dan menyebabkan prestasi sekolah tidak pernah meningkat. Jawapan bagi persoalan ini hanya boleh dijawab oleh guru yang bertugas dan mereka yang pernah bertugas di pulau dan pedalaman. Secara peribadi, pernah sekali saya berada di PPD dan bertanya akan lawatan PPD ke sekolah saya yang sepatutnya dijalankan minggu lepas. Namun saya diberi jawapan berupa amaran supaya kami bersedia dengan lawatan secara mengejut. Apakah semua ini? Untuk mencari kelemahan dan kesilapan kami? setahu saya, lawatan pegawai ke sekolah adalah untuk membetulkan apa yang salah dan memperbikinya. Dan amat berbaloi la untuk sekolah ini dilawat kerana selama 6 tahun saya bertugas di sekolah ini, hanya sekali sahaja PPD dan dari JPN sendiri datang melawat. Itu pun tidak la sampai 30 minit berada di sekolah.

Saya amat berharap agar satu inisiatif dapat diambil untuk mempertingkatkan lagi mutu sekolah disamping masalah serta kekurangan yang dihadapi oleh kakitangan yang bertugas di sekolah ini dapat dikurangkan dan diatasi dari semasa ke semasa.

05 June 2009

Pertandingan Bola Sepak 7-sebelah


Pasukan Wanita


Pasukan Lelaki B

Pasukan Lelaki A


Pada 05/06/2009, saya telah mengikuti pertandingan bola sepak 7-sebelah anjuran Kampung Popot bersempena dengan sambutan pesta Kaamatan kampung tersebut. Pertandingan ini telah disertai beberapa buah kampung yang berdekatan.

Dalam pertandingan ini, pasukan kami hanya layak ke separuh akhir sahaja apabila tewas dalam tendangan penalti 4-3 manakala pasukan wanita kampung kami telah menjuarai pertandingan ini dengan kemenangan bergaya pada setiap perlawanan.





03 June 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak









"Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Diantara Guru-Guru SK Balambangan Dengan Orang Kampung Batu Sirih"

Tarikh : 06.05.2009
Tempat : Padang Kampung Batu Sirih
Masa : 3.00 PM





06 April 2009

Berkelah Di Pantai Kok Simpul, Balambangan Banggi


Tarikh : 07 Mac 2009
Masa : 7.00 am - 2.00 pm
Tempat : Pantai Kok Simpul, Pulau Balambangan Banggi
Peserta : Madris, Nazri dan Najib (guru), sufri, Azman, Sufian, Sulaiman, Khairuzzaman dan Rayfieq (murid)
Acara : Mandi sepuas-puasnya

(Pictures was edited by guest)
Align Center3 of us
(Nazri, saya, Najib)

(murid) : Sufri, Rayfieq, Abd Rajik, Azman, Sufian, Sulaiman, Khairulzaman, rashid

Di atas puncak bukit ditengah perjalanan (pemandangan laut Kok Simpul di belakang)

Ditengah perjalanan yang agak mencabar

Masa pergi tu turun Bukit, balik nanti terpaksa mendaki bukit ini!

Budak-budak jalan selamba ja...

Budak-budak lebih laju dan bertenaga berbanding kami orang dewasa....

Sampai sudah kita!!

Sepanjang pantai Kok Simpul menuju ke lokasi yang sesuai..

Nazri posing habis...

Kejap lagi mo pi mandi dah...

Nazri & Najib : "Barang kite nie takde yang kacau ker?", Saya : "tiada ba jangan risau, jangan saja hujan la".

Pantai Kok Simpul..

Pantai juga...


Sungguh seronok tapi amat sengsara juga selepas balik ke rumah kerana kulit terasa pedih dan merah selama dua hari kesan dari sinaran cahaya matahar dan empat hari selepas itu, barulah kulit saya mengelupas.....


27 February 2009

something from Tanjung sempang Mengayau

Take a look at these pictures...its all taken at Tanjung Sempang Mengayau, The Tips Of Borneo..













Can you found it there...?


31 January 2009

SK Balambangan Banggi...

Pulau Balambangan yang terletak di utara negeri Sabah merupakan pulau yang agak besar juga selain Pulau Banggi. Walaupun besar tetapi bilangan penduduknya amatlah sedikit dengan lima buah kampung iaitu Kampung Selamat Darat, Kampung Selamat Laut, Kampung Kok Simpul, Kampung Tabunan dan Kampung Batu Sirih. Sekolah Kebangsaan Balambangan(Gambar) yang terletak di Kampung Selamat merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di pulau ini dengan 117 orang murid, 11 orang guru, 2 kerani, 2 pengawal keselamatan dan dua orang tukang masak RMTS (Rancangan Makanan Tambahan Sekolah).

Seperti yang dilihat dalam gambar, kedudukan sekolah terletak di atas bukit dan agak terhad untuk menambahkan kemudahan infrastrukturnya seperti bangunan. Padang pula terletak di depan sekolah (bawah bukit) dan bangunan pra-sekolah(bangunan beratap orange). Rumah guru pula terletak nun di bawah bukit(bawah penjuru kiri gambar)-tidak kelihatan!.

Di sekolah ini, tiada kemudahan elektrik atau bekalan air yang bersih. Bagi guru-guru yang bertugas di situ, mereka hanya menggunakan genset(generetor kalau bahasa sana) sebagai bekalan elektrik dan air hujan sebagai bekalan air yang bersih untuk diminum. Jika bekalan minyak petrol habis, terpaksala bergelap dengan bertemankan lampu lilin dan sekiranya kemarau, terpaksa la minum air perigi yang tidak terjamin kebersihannya.

Di pulau ini juga terkenal dengan cerita "balan-balan" (hantu yang terbang tetapi kepala saja) dan "agas" (serangga hitam kecil yang menhisap darah dan hidup di kawasan paya bakau). Terlalu payah melihat 'agas' ini kerana terlalu kecil. Kalau bahasa rungus, dia dipanggil "rongit".

Penduduk pulau ini kebanyakannya berbangsa ubian dan bonggi. sebahagian besar dari mereka juga adalah kacukan seperti ubian+bajau, ubian+bonggi, bonggi+bajau, bajau+ubian. Ada juga diantara penduduk ini yang telah berhijrah dan menetap di tanah besar seperti kudat, KK dan semenanjung pun ada kerana berkahwin. Ada yang berkahwin dengan cina, rungus dan dusun. Orang putih saja belum..huhu. Penduduk di pulau ini ramah mesra dan baik-baik belaka...

Rasanya kalau saya ceritakan tentang pulau ini, satu page ini pun tidak cukup. sekian saja la kali ini.

p/s : Laman Web balambangan akan siap tidak lama lagi. jadi semua maklumat tentang Balambangan ada di situ...tungguuu....