07 June 2008

Perlawanan Bola Sepak 7 Sebelah Peringkat Pulau Balambangan, Banggi

Pada 05.05.2008 sehingga 06.05.2008, Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi telah menganjurkan perlawanan bola sepak 7-sebelah dan disertai oleh 4 pasukan iaitu:













Pasukan dari Kampung Kok Simpul yang
menamakan pasukan mereka sebagai Tanjung FC terdiri dari:
Berdiri : Tibing, Musa, Sichtick, Mohong

Duduk : Raja, Lodin, Ruban.

Pasukan ini mendapat tempat ke-4.















Pasukan dari
Kampung Batu Sirih yang menamakan pasukan mereka sebagai Buliga FC terdiri dari:
Berdiri : Azli, Rashid, Abd Nasir, Rumanuh
Duduk : Fazli, Dawana, Darwi.
Pasukan ini mendapat tempat ke-3.
















Pasukan dari Sekolah Kebangsaan Balambangan selaku penganjur yang menamakan pasukan mereka sebagai SK'B FC terdiri dari:
Berdiri : Canven, Fadzri, Madris, Mark
Duduk : Affendi, Mohammad, Ruslan.

Pasukan ini mendapat tempat ke-2.














Pasukan dari Kampung Selamat yang
menamakan pasukan mereka sebagai Sinar FC terdiri dari:
Berdiri : Halim, Rashdi, Fauzie, Malik,
Rajiman.

Duduk : Ayub, Rosli, Kiang, Omar.
Pasukan ini mendapat tempat Pertama.



Aktiviti seumpama ini selain dari menyihatkan badan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk terutama guru-guru dengan orang kampung. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham semasa permainan namum semua itu hanya berlaku di dalam padang sahaja. Di luar padang seperti biasa, semua pengalaman semasa di padang menjadi kenangan manis untuk dikongsikan bersama-sama.









Syukur kepada Tuhan

Cuti sekolah selepas peperiksaan semester pertama tahun ini bermula pada 24.05.2008 sehingga la pada 08.06.2008. Sebelum bermula cuti tersebut, saya sangat gembira disebabkan banyak aktiviti yang dijalankan. Kebetulan pada masa itu juga, liputan telefon celcom adalah sangat lemah menyebabkan saya tidak dapat menghubungi keluarga di kampung.

Secara kebetulan pada malam jumaat (khamis 22.05.2008), dengan tiba-tiba rangkaian telefon kembali normal. Pada malam itu, saya telah mendapat banyak message dari keluarga yang menyatakan ayah tidak sihat dan dihantar ke wad hospital. Saya sangat sedih dan menangis pada malam itu mengenangkan ayah.

Jumaat sebelum berangkat ke sekolah, perasaan saya tidak tenteram. Teringin sangat hendak balik ke rumah untuk menjenguk ayah ke hospital. Saya ditanya sepuluh patah soalah, jawapan saya hanyalah sepatah sahaja.

Diringkaskan cerita, sesampai di hospital saya sangat takut melihat keadaan ayah yang agak tenat. Mak yang menjaga pada masa itu juga kelihatan amat penat kerana terpaksa berjaga sepanjang malam untuk menjaga ayah sejak dimasukkan ke hospital pada khamis lepas. Saya telah membuat keputusan untuk menemani mak menjaga ayah di hospital. Selang beberapa hari berikutnya, keadaan ayah bertambah kritikal sehinggakan dipindahkan ke depan kaunter dan dipasangkan dengan alat (tak tau namanya tapi ada graf yang menunjukkan denyutan jantung) dan mendepani jururawat sepanjang masa. Menurut doktor, keadaan ayah sangat tenat dan hanya menunggu masa sahaja. Doktor juga menasihati saya supaya menghubungi keluarga terdekat agar sempat berjumpa dengan ayah sebelum apa-apa berlaku. Saya sangat sedih dan berdoa sehingga saya menangis sepanjang masa. Tak henti-henti doa saya curahkan kepada ayah termasuklah sms yang saya hantar kepada kawan-kawan supaya mendoakan kesihatan ayah. Menurut doktor, ayah kekurangan sejenis garam (natrium) dan itu yang menyebabkan dia tidak sedar selama 5 hari. Selama itu, ayah hanya makan melaui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya menerusi lubang hidung dan bantuan pernafasan oksigen. Segala ubat yang diberikan oleh doktor termasuk makanan, saya akan hancurkan dan beri kepada ayah (makan) melalui tiub tersebut tanpa ayah sedari. Begitu juga dengan tiub yang dipasang agar ayah mudah membuang air kecil (tanpa disedari oleh ayah).

Saya amat bersyukur kerana selepas 6/7 hari, ayah dah mula sedar dan bangun dari tidurnya. Ayah dah mula meminta makanan kerana dia terasa lapar tetapi badanya masih lemah sekali. setelah tiub dari hidung ayah dicabut, ayah dah mula makan makanan lembut dan minum susu serta ubat. Lama-kelamaan, keadaan ayah bertambah baik dan boleh bercakap dan berjenaka dengan kami sekeluarga. Saya sempat mendengar perbualan doktor dan jururawat ketika mereka sedang melakukan rawatan. Doktor itu berkata, dia sangat tidak menyangka dan tidak faham dengan keadaan ayah yang dulunya sangat tenat tetapi sekarang dah boleh makan, bercakap malah ke tandas. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kesempatan untuk bersama dengan ayah dan juga keluarga yang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jururawat yang telah menjaga ayah selama berada di hospital. Juga tidak dilupakan kepada doktor yang telah memberikan rawatan yang sebaik mungkin sehingga ayah sihat seperti sekarang ini.