01 August 2009

Angin kuat beserta hujan lebat sekali sekala



Pulau Balambangan, 1 Ogos 2009. Angin kuat beserta hujan lebat yang turun sekali sekala melanda daerah kudat dan keadaan ini lebih dirasai bagi penduduk yang tinggal di persisiran pantai dan pulau. Angin kuat ini telah pun bertiup dari 26 Julai sehingga la sekarang ini.

Berikutan dengan situasi cuaca yang tidak baik ini, makan banyak program dan aktiviti penduduk terutama penduduk Pulau Balambangan ini untuk mereka menjalankan aktiviti harian mereka seperti menangkap ikan di laut, menjemur ikan masin, bercucuk tanam, mencari hasil-hasil hutan dan sebagainya. Bagi guru-guru yang bertugas di pulau ini, berhadapan dengan cuaca sebegini merupakan satu cabaran terhebat yang belum tentu dapat diharungi. Ini kerana, kami akan berdepan dengan angin kuat, hujan dan sudah tentu ombak yang besar untuk sampai ke pulau ini. Bak kata pepatah, nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Kes ini bagi guru-guru yang berada di kudat dan akan memasuki sekolah (pulau), bagi guru-guru yang berada di sekolah(pulau) dan ingin keluar ke kudat atas urusan rasmi atau kes kecemasan?? terpaksa la mengharungi ombak besar dan angin kuat beserta hujan yang sakitnya apabila mengenai kulit umpama dihumban dengan batu kecil.....dalam situasi ini, kami hanya mampu berdoa agar selamat sampai ke destinasi.

Pengalaman bertugas di SK Balambangan ini boleh dikatakan pahit tu lebih banyak berbanding dengan yang manisnya. Ramai guru-guru yang bertugas di kawasan tanah besar sangat memuji kerana saya bertugas di pulau dengan elaun yang cukup lumayan. Namun mereka tidak tahu hakikat sebenar kehidupan di pulau. Serba serbi kekurangan, kelemahan mengatasi kebaikan. Dengan elaun pedalaman yang diberikan tidak cukup membanggakan untuk berada di pulau ini. Ini kerana kos, masa dan tenaga banyak digunakan dan jika dibandingkan dengan intensif yang diberikan oleh kerajaan. Namun itu bukan la satu halangan kepada kami untuk berkhidmat di sekolah ini. Apa yang sangat penting ialah kesungguhan, matlamat, kerjasama, komitmen dan ketulusan serta kejujuran hati untuk berkhidmat dengan masyarakat. Dan di masa yang akan datang diharap pihak atasan haruslah berfikiran positif dengan tidak menyalahkan kakitangan yang bertugas di sekolah ini disebabkan oleh kelemahan dan kekurangan yang wujud di persekitaran sekolah. Sepatutnya mereka lebih memahami dan mengambil berat kebajikan sekolah pulau dan pedalaman kerana sekolah macam ini lah yang sangat memerlukan perhatian dan sokongan dari pihak atasan. Banyak kali kami mendengar cemuhan pihak-pihak tertentu dengan prestasi serta kelemahan sekolah pulau dan luar bandar dan ada juga yang tidak berpuas hati kerana kakitangan kerajaan yang bertugas di tempat berkenaan diberikan elaun yang lumayan sedangkan mereka leka dan menyebabkan prestasi sekolah tidak pernah meningkat. Jawapan bagi persoalan ini hanya boleh dijawab oleh guru yang bertugas dan mereka yang pernah bertugas di pulau dan pedalaman. Secara peribadi, pernah sekali saya berada di PPD dan bertanya akan lawatan PPD ke sekolah saya yang sepatutnya dijalankan minggu lepas. Namun saya diberi jawapan berupa amaran supaya kami bersedia dengan lawatan secara mengejut. Apakah semua ini? Untuk mencari kelemahan dan kesilapan kami? setahu saya, lawatan pegawai ke sekolah adalah untuk membetulkan apa yang salah dan memperbikinya. Dan amat berbaloi la untuk sekolah ini dilawat kerana selama 6 tahun saya bertugas di sekolah ini, hanya sekali sahaja PPD dan dari JPN sendiri datang melawat. Itu pun tidak la sampai 30 minit berada di sekolah.

Saya amat berharap agar satu inisiatif dapat diambil untuk mempertingkatkan lagi mutu sekolah disamping masalah serta kekurangan yang dihadapi oleh kakitangan yang bertugas di sekolah ini dapat dikurangkan dan diatasi dari semasa ke semasa.