31 January 2009

SK Balambangan Banggi...

Pulau Balambangan yang terletak di utara negeri Sabah merupakan pulau yang agak besar juga selain Pulau Banggi. Walaupun besar tetapi bilangan penduduknya amatlah sedikit dengan lima buah kampung iaitu Kampung Selamat Darat, Kampung Selamat Laut, Kampung Kok Simpul, Kampung Tabunan dan Kampung Batu Sirih. Sekolah Kebangsaan Balambangan(Gambar) yang terletak di Kampung Selamat merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di pulau ini dengan 117 orang murid, 11 orang guru, 2 kerani, 2 pengawal keselamatan dan dua orang tukang masak RMTS (Rancangan Makanan Tambahan Sekolah).

Seperti yang dilihat dalam gambar, kedudukan sekolah terletak di atas bukit dan agak terhad untuk menambahkan kemudahan infrastrukturnya seperti bangunan. Padang pula terletak di depan sekolah (bawah bukit) dan bangunan pra-sekolah(bangunan beratap orange). Rumah guru pula terletak nun di bawah bukit(bawah penjuru kiri gambar)-tidak kelihatan!.

Di sekolah ini, tiada kemudahan elektrik atau bekalan air yang bersih. Bagi guru-guru yang bertugas di situ, mereka hanya menggunakan genset(generetor kalau bahasa sana) sebagai bekalan elektrik dan air hujan sebagai bekalan air yang bersih untuk diminum. Jika bekalan minyak petrol habis, terpaksala bergelap dengan bertemankan lampu lilin dan sekiranya kemarau, terpaksa la minum air perigi yang tidak terjamin kebersihannya.

Di pulau ini juga terkenal dengan cerita "balan-balan" (hantu yang terbang tetapi kepala saja) dan "agas" (serangga hitam kecil yang menhisap darah dan hidup di kawasan paya bakau). Terlalu payah melihat 'agas' ini kerana terlalu kecil. Kalau bahasa rungus, dia dipanggil "rongit".

Penduduk pulau ini kebanyakannya berbangsa ubian dan bonggi. sebahagian besar dari mereka juga adalah kacukan seperti ubian+bajau, ubian+bonggi, bonggi+bajau, bajau+ubian. Ada juga diantara penduduk ini yang telah berhijrah dan menetap di tanah besar seperti kudat, KK dan semenanjung pun ada kerana berkahwin. Ada yang berkahwin dengan cina, rungus dan dusun. Orang putih saja belum..huhu. Penduduk di pulau ini ramah mesra dan baik-baik belaka...

Rasanya kalau saya ceritakan tentang pulau ini, satu page ini pun tidak cukup. sekian saja la kali ini.

p/s : Laman Web balambangan akan siap tidak lama lagi. jadi semua maklumat tentang Balambangan ada di situ...tungguuu....

2 comments:

Aj said...

yeahh mad... br aku tau pasal skull kau..lawatilah blog aku plak www.thesutras.org heheheh ada playboy free download maaa di cni http://thesutras.org/v1/?p=903 ..hehehehe bulan 2 punya issue tu..hehehe

Abu Syifa' said...

apapun saya respect penuh dgn semua guru yg ngajar di sk balambangan...sehari kami disanapun (penyelidikan ums ) dah hampir kecundang dgn ombak besar..cerita pasal buaya...apapun salam ziarah